Pemasaran Sukan Paralimpik Musim Panas 2020

Maskot

Maskot bagi Tokyo 2020 telah dipilih berdasarkan 2,042 penyertaan yang diterima melalui sebuah pertandingan rekaan maskot. Daripada penyertaan-penyertaan tersebut, tiga penyertaan telah dipilih oleh Panel Pemilihan Maskot pada Disember 2017.[4] Pada 28 Februari 2018, keputusan akhir maskot rasmi telah diumumkan dengan pasangan A mendapat undian tertinggi dengan sebanyak 109,041 undi berdasarkan undian pelajar-pelajar sekolah rendah di serata Jepun.[5]

Nama bagi maskot-maskot tersebut diumumkan pada 22 Julai 2018, yaitu Miraitowa dan Someity. Nama Miraitowa merupakan gabungan dua perkataan, iaitu mirai (未来, "masa depan") dan towa (永遠, "selama-lamanya"). Someity pula diambil daripada nama pokok ceri Yoshino dalam bahasa Jepun, Somei Yoshino (染井吉野, ソメイヨシノ) serta menyerupai ungkapan bahasa Inggeris "So Mighty" (Sungguh Gagah).[6]

Rujukan

WikiPedia: Sukan Paralimpik Musim Panas 2020 http://www.miamiherald.com/2013/09/07/3612512/2020... http://tokyo2020.jp/en/ https://www.asahi.com/articles/ASL7M6G4WL7MUTQP035... https://olympics.com/tokyo-2020/paralympic-games/e... https://www.theguardian.com/sport/2020/mar/30/toky... https://www3.nhk.or.jp/news/html/20180228/k1001134... https://tokyo2020.jp/en/games/venue/paralympic/ https://web.archive.org/web/20190323134658/https:/... https://www.olympic.org/news/joint-statement-from-... https://tokyo2020.org/en/games/mascot/